Masalah ini seakan-akan tiada kesudahan. Walaupun sudah beberapa kali di bersihkan, namun keadaan masih berulang lebih-lebih lagi apabila hujan turun. Aduan demi aduan di laporkan pada pihak pengurusan. Setakat ini, kawasan itu hanya boleh di bersihkan. Pihak JMB juga telah membawa perkara ini ke pihak berwajib tetapi masih belum menemui jalan penyelesaian.
![]() |
keadaan di tingkat 6 |
Pihak pengurusan bangunan juga adakalanya berasa amat kecewa dengan sikap penduduk yang tidak ambil peduli tentang soal kebersihan. Puntung rokok, pembalut gula-gula, bungkusan makanan ringan adalah sebahagian sampah-sarap yang di jumpai setiap kali proses pembersihan di lakukan.
![]() |
Kerja-kerja pembersihan di jalankan. Lihat betapa banyaknya puntung rokok yang di buang dari atas. |
Kami amat berharap agar penduduk dapat mendisplinkan diri soal kebersihan ini. Ini adalah berkaitan sikap kita sebagai penduduk. Siapa lagi yang boleh menjaga persekitaran tempat kita tinggal selain kita sendiri?
Selain dari sampah- sarap yang terdapat di kawasan berkenaan, kami juga dapati terdapat air buih yang mengalir deras pada waktu-waktu tertentu yang menyebabkan keadaan bertambah buruk.
![]() |
Buih sabun yang bertakung |
Kami sudahpun menghantar emel kepada pihak ejen pengurusan untuk tindakan lanjut. Kami juga adalah penduduk yang tidak mahu keadaan yang mencacatkan penglihatan ini berterusan. Seperti anda, kami juga mahukan yang terbaik untuk Simfoni Heights.
Penat cleaner ni bersihkan dah ade dah orang buang puntung rokok lagi.... hmmm.....
ReplyDelete