Thursday, April 17, 2014

DARI MEJA DAN MATA PENA JMC

Hai..apa khabar semua? Harapan kami agar anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat dan membaca kandungan blog ini. Anda semua adalah inspirasi kami untuk terus mengorak langkah dengan sebaik mungkin memastikan Simfoni Heights di urus dengan sempurna walaupun kami sibuk dengan urusan seharian.
 
Dewasa ini, terlalu banyak halangan yang kami harungi dalam menjalankan tugas sebagai sukarelawan untuk masyarakat setempat ini. Kritikan sememangnya sudah menjadi makanan kami. Apa yang boleh kami katakan? Sudah menjadi lumrah, ianya adalah sebahagian dari hitam putih perjalanan kami sebagai Badan yang di pertanggungjawabkan menjalankan tugas untuk memuaskan semua pihak. Semangat kami masih belum pudar walaupun ada di antara kami sudahpun berhasrat untuk meninggalkan lapangan ini. Patah sayap bertongkat paruh ..kehilangan ahli tidak sesekali memudarkan semangat yang ada.
 
Selangkah demi selangkah bergerak selari dengan masa, itulah kami ketika ini. Untuk makluman semua, berikut adalah diantara beberapa **cadangan projek yang ingin kami laksanakan sebagai tujuan penambahbaikan;
 
 
 
SENARAI PROJEK
  • Meletakkan Besi Penghadang Di Hadapan Pagar Bomba
  • Memasang Papan Kenyataan Di Dalam Setiap Lif
  • Pemasangan Sistem Ekses Ke-2 Di Dalam Lif
  • Penambahan Bonggol Di Dalam Kawasan Simfoni Heights
  • Menukar Semua Tombol Pintu Yang Rosak / Di Rosakkan
  • Menjana Pendapatan Dari 'Sinking Fund' Melalui  Kaedah Simpanan Tetap

** tertakluk kepada jumlah wang di dalam akaun penyelenggaraan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.