Pada awalnya, kami sangat berbangga dengan kehadiran entiti ini. Kiranya bolehlah menjalinkan kerjasama yang erat dalam menyelesaikan permasalahan lantas memastikan Simfoni Heights terurus dengan sempurna. Namun, hari demi hari tiada sebarang reaksi atau respon dari pihak mereka membuatkan kami kecewa lebih-lebih lagi melihatkan kewujudan borang yang di edarkan secara senyap. Di dalam borang tertera fi yang perlu di bayar oleh setiap ahli iaitu RM25 tahunan dan RM5 untuk yuran bulanan. Siapakah di antara anda semua bersetuju dengan fi yang di kenakan. Apakah ianya sah untuk di kutip tanpa persetujuan awal dari semua penduduk kerana apa yang kami tahu tiada mesyuarat, tiada perlantikan, tiada apa pun yang mengesahkan pertubuhan ini melainkan emel yang di hantar kepada kami bertarikh 10 Jan 2014 lalu yang menyatakan bahawa persatuan penduduk Simfoni Heights telah di tubuhkan secara rasmi pada 21 Dis 2013.
Soalnya, siapa yang memilih ahli exco dan ajk? Bila dan di mana pemilihan itu di lakukan? Siapa sebenarnya di sebalik pertubuhan ini? Persoalan-persoalan ini menambahkan lagi keraguan kami terhadap pertubuhan ini lebih-lebih lagi tiada respon yang diberi setiap kali kami menjemput mereka-mereka ini untuk sama-sama hadir ke mesyuarat jmc.
MENCARI KONKLUSI
Kesangsian telah memaksa kami untuk bertindak selangkah ke hadapan dengan merujuk perkara ini kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor untuk memastikan ianya sah di sisi undang-undang. Kami tidak mahu berurusan dengan sebuah pertubuhan haram seperti yang terjadi di Apartment Sri Harmonis di Gombak. Kami tidak mahu mereka sewenang-wenangnya mengutip yuran dari penduduk kerana kami sendiri tertanya, sekiranya wang itu di kutip ke mana wang itu di salurkan dan bagaimana ianya di simpan sedangkan syarat dari pihak bank untuk membuka akaun pertubuhan memerlukan dokumen pengesahan seperti minit mesyuarat agung, sijil penubuhan dan sebagainya.

Bagi kami, sebelum mereka-mereka ini pergi lebih jauh, ada baiknya kami berbuat sesuatu. Jika benar tidak sah di sisi undang-undang, setidak-tidaknya kami dapat menghalang mereka dari mengutip dan mengambil wang ahli tanpa mengetahui keperluannya.
...bersambung
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.