SEKITAR MESYUARAT JMC KALI KE 7
Salam sejahtera pembaca semua!
Mesyuarat kali ke-7 yang di adakan ini punya sedikit kelainan yang belum pernah kami lakukan walaupun isu yang di bincangkan tidak banyak beza dari yang lalu, namun, istimewanya kali ini ianya di hadiri oleh penduduk yang di jemput untuk bersama-sama berbincang dan menyuarakan pendapat tentang permasalahan yang tidak pernah atau belum selesai. Antara yang hadir adalah Ms. Yoognah dan suami, juga Mr. KF Chong dan En. Halim (Satelit Puaka).
Menariknya juga, mesyuarat kali ini dimulakan dengan pembentangan mengenai sistem iResident oleh Mr. Andrew Ong yang mewakili Red Interactive Sdn Bhd. Sistem ini bakal di gunakan oleh ejen pengurusan, JMB dan juga semua penduduk sekiranya mendapat sokongan dari Pesuruhjaya Bangunan selain persetujuan dari pihak pengurusan.
![]() |
Penerangan dari Mr. Andrew Ong, Red Interactive |
![]() |
Sesi soal jawab |
Berakhirnya sesi mesyuarat kali ini telah memperlihatkan pengunduran 2 ahli jmb iaitu Mr. Pua Eng Seng dan Setiausaha JMB, En. Norshahrizi Nordin oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Surat perletakkan jawatan di serahkan kepada Mr. Poobalan selaku Pengurusi JMB sebelum mesyuarat bersurai. JMB dengan ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Mr. Pua dan En. Shah Nordin diatas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama mana berkhidmat sebagai ahli JMB. Di harap mereka akan terus sukses dan berjaya dimasa-masa akan datang.
![]() |
Di akhir mesyuarat, En. Shah Nordin menyerahkan 2 keping surat perletakkan jawatan, beliau sebagai Setiausaha JMB dan Mr. Pua sebagai AJK |
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bakal di adakan pada 22 Jun 2014 yang akan datang bagi menetapkan pengganti beliau sebagai Setiausaha. JMB juga berhasrat untuk mencari seseorang di kalangan penduduk untuk menggantikan tempat Mr. Pua Eng Seng sebagai memenuhi kuorum dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang sebelum berakhirnya penggal JMB 2013/2014 pada November tahun ini.