Thursday, October 16, 2014

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA JMB KALI KE-12

Salam sejahtera pembaca!


Sudah lama admin tidak mengemaskini blog ini. Perjalanan JMB kini bakal sampai ke penghujungnya. 15 November 2014 merupakan tarikh terakhir perkhidmatan kami pada musim ini. Harapan kami agar sesiapa sahaja yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Berakhirnya mesyuarat ahli jawatankuasa buat kali ke-12 semalam, maka berakhir lah sesi mesyuarat JMB pada musim ini. Berikut merupakan sedikit sebanyak perkara yang di bincangkan yang harus dilaksanakan oleh ejen pengurusan dari masa ke semasa.

1. Pelekat Kenderaan Bagi Tahun 2015/2016




2. Papan tanda pandu arah

        


3. Kad Ekses dan Kad Identiti Residen
  • JMB juga telah membuat keputusan bahawa kad ekses baru yang bakal di serahkan kepada penduduk kelak akan di gabungkan menjadi dwi-fungsi. Ini di kategorikan kepada 3 warna berbeza bagi memudahkan pengawal keselamatan mengenalpasti kad yang di gunakan menggunakan pelekat khas yang bercetak butir ringkas mengenai pemegang kad iaitu;
  • Warna Oren (selaras dengan warna Symphony Heights) - Untuk ekses kereta dan lif
  • Warna Hiijau - Untuk ekses motorsikal dan lif
  • Warna Putih - Untuk ekses lif sahaja


4. Kamera Litar Tertutup

  • 11 unit kamera litar tertutup akan di letakkan di sekitar kawasan fasiliti.

Ini hanya sebahagian dari projek yang akan di laksana secara berperingkat. Harapan kami agar semuanya berjalan lancar. 

Jumpa kami di Mesyuarat Agung kali Ke-3 pada 15 November 2014 akan datang! 

...dari residen kepada residen



Tuesday, June 24, 2014

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) KALI KE-2

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk kali kedua telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2014 yang lalu. Mesyuarat bertemu penduduk kali ini membentangkan isu-perancangan dan cadangan JMB dan penduduk bagi penambahbaikkan fasiliti yang sedia ada untuk keselesaan bersama. 

Matlamat utama mesyuarat ini selain membincangkan perancangan masa depan JMB adalah bertujuan mencari pengganti bagi jawatan setiausaha serta beberapa ahli jawatankuasa yang telah meletakkan jawatan pada bulan Mei yang lalu.

Semua yang hadir telah sebulat suara menetapkan dan memberi mandat kepada penama-penama di bawah bagi menggantikan kekosongan jawatan sedia ada:-
  • En. Zabidy Abdul Malik - Setiausaha
  • Mr. Chong Kian Fong (KF Chong) - Ahli Jawatankuasa
  • En. Mohd Khazami - Ahli Jawatankuasa
  • Mr. Wong Shin Vee - Ahli Jawatankuasa







Antara pelan cadangan yang di ketengahkan adalah:-
  • pemasangan 'interlock device' pada setiap lif di blok E; 
  • pengubahsuaian serta pemasangan palang laluan utama (barrier gate) lengkap dengan sistem ekses;
  • pemasangan gril pada tangga ekses di blok F dan G yang terletak di tingkat 5
  • pemasangan cctv pada beberapa poin yg tertentu termasuk Sekolah (J) Kebangsaan Cina bersebelahan SH;
  • pemasangan sistem ekses di dalam setiap lif; dan
  • pemasangan 2 unit penapis air






Kerjasama semua pihak dalam merialisasikan perancangan ini dan menjadikan ia satu kenyataan adalah sangat di perlukan. Kami di JMB juga mengharapkan yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan keperluan penduduk.


dari residen kepada residen...
SHJMB 2013-2014

TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA PEGAWAI BOMBA

Pada 8 Jun 2014 yang lalu telah berlangsungnya satu majlis taklimat tentang keselamatan dan kebakaran di dewan seberguna Simfoni Heights. Sepasukan bomba dari balai Selayang di jemput khas untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini.

Namun sayangnya, respon dari penduduk sendiri amat-amat mengecewakan kami. Pun begitu, taklimat tetap berjalan sepertimana yang telah di jadualkan sebelum ini. Kami mengucaplan ribuan terima kasih kepada penduduk yang sudi hadir dan terutama sekali kepada pihak BOMBA balai selayang yang telah merialisasikan matlamat program ini. Pada masa-masa akan datang sekiranya aktiviti kemasyarakatan seumpama ini di adakan, di harap mendapat kerjasama dari semua penduduk untuk mengambil bahagian.


Minyak dan air di campur untuk menghidupkan api




Taklimat dari Tuan Harashid mengenai jenis-jenis
alat pemadam api (apa)




Tuan Harashid memberi penerangan bagaimana untuk
menggunakan a.p.a dengan cara yang betul


Wednesday, May 21, 2014

DARI MEJA DAN MATA PENA JMC

SEKITAR MESYUARAT JMC KALI KE 7

Salam sejahtera pembaca semua!

Mesyuarat kali ke-7 yang di adakan ini punya sedikit kelainan yang belum pernah kami lakukan walaupun isu yang di bincangkan tidak banyak beza dari yang lalu, namun, istimewanya kali ini ianya di hadiri oleh penduduk yang di jemput untuk bersama-sama berbincang dan menyuarakan pendapat tentang permasalahan yang tidak pernah atau belum selesai. Antara yang hadir adalah Ms. Yoognah dan suami, juga Mr. KF Chong dan En. Halim (Satelit Puaka).



Menariknya juga, mesyuarat kali ini dimulakan dengan pembentangan mengenai sistem iResident oleh Mr. Andrew Ong yang mewakili Red Interactive Sdn Bhd. Sistem ini bakal di gunakan oleh ejen pengurusan, JMB dan juga semua penduduk sekiranya mendapat sokongan dari Pesuruhjaya Bangunan selain persetujuan dari pihak pengurusan.

Penerangan dari Mr. Andrew Ong, Red Interactive


Sesi soal jawab

Berakhirnya sesi mesyuarat kali ini telah memperlihatkan pengunduran 2 ahli jmb iaitu Mr. Pua Eng Seng dan Setiausaha JMB, En. Norshahrizi Nordin oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Surat perletakkan jawatan di serahkan kepada Mr. Poobalan selaku Pengurusi JMB sebelum mesyuarat bersurai. JMB dengan ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Mr. Pua dan En. Shah Nordin diatas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama mana berkhidmat sebagai ahli JMB. Di harap mereka akan terus sukses dan berjaya dimasa-masa akan datang.

Di akhir mesyuarat, En. Shah Nordin menyerahkan 2 keping surat perletakkan jawatan,
beliau sebagai Setiausaha JMB dan Mr. Pua sebagai AJK
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bakal di adakan pada 22 Jun 2014 yang akan datang bagi menetapkan pengganti beliau sebagai Setiausaha. JMB juga berhasrat untuk mencari seseorang di kalangan penduduk untuk menggantikan tempat Mr. Pua Eng Seng sebagai memenuhi kuorum dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan datang sebelum berakhirnya penggal JMB 2013/2014 pada November tahun ini.

Sunday, May 4, 2014

DARI MEJA EXCO

Salam 1SH kepada semua penghuni/penduduk di Simfoni Height (SH)!

Saya terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada JMC yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan blog SHJMB 2013/ 2014 ini, terutamanya kepada saudara Zabidy.

Saya berharap saudara dan saudari sekalian dapat menghayati dan mendapat informasi-informasi dengan efektif dan berfaedah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi di SH buat masa kini. Saya juga ingin kongsi bersama, dimana buat masa kini, kita berada pada proses mendapatkan “Strata Title” daripada pemaju perumahan yang telah mula menghantar surat kepada majority “owner” dan pada masa yang sama, kita perlu mendapatkan penyelesaian untuk masalah-masala di blok F & G, di mana tempoh tamat “warranty” adalah pada 3.8.2014 (manakala blok E “warranty period” telah tamat pada September 2013), Kami bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik daripada kami (SHJMB 2013/2014) kepada kalian semua. 

Maka saya berharap, kita semua dapat bekerjasama dengan dorongan dan sokongan padu yang setimpal dari semua pihak untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah yang kita hadapi di SH dan sekali gus kita semua dapat memperkukuhkan lagi keselamatan, keselesaan dan kediaman harmoni yang kita semua inginkan. Bersatu kita padu, bercerai kita roboh, dan kita semua berdoa supaya kesilaturahim dikalangan kita semua sebagai penduduk/penghuni di SH dapat diperkukuhkan lagi dengan rahmat Tuhan.

Sekian, terima kasih.

“For residence, by residence”

Poobalan A/L Tana Shingam
SHJMB 2013/2014

Saturday, May 3, 2014

BENGKEL PENGURUSAN BANGUNAN STRATA

Pagi tadi telah berlangsung satu bengkel Pengurusan Bangunan Strata Siri 1/2014, anjuran Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Sektor Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang bertempat di Kompleks Sukan Sri Siantan. Bengkel sesi ke-2 seperti yang pernah di anjurkan tahun lalu kali ini memberi penekanan khusus perihal Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bagi menggantikan Akta 663 dan Akta 318 yang sedia ada.

Sesi Pendaftaran







Bengkel di mulakan dengan bacaan doa dan di teruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Mohd Azizi Bin Mohd Zain. Bengkel seminar di teruskan dengan taklimat Pengenalan Akta Pengurusan Strata (Akta 757) oleh En. Mohammad Ridzwan Bin Abidin, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Pengurusan Strata KPKT lalu di ambil alih oleh Mr. Andrew Ong, Ketua Pegawai Operasi, Red Interactive dalam memperkenalkan satu sistem di beri nama iResident.

Majlis kemudian di teruskan dengan taklimat bertajuk Komuniti Bistari oleh Puan Azlina Bt. Ismail, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bangunan Strata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Majlis bersurai kira-kira jam 2 petang.

Saturday, April 19, 2014

AIR OH AIR...

Simfoni Heights: - Pihak SYABAS kembali melakukan pemeriksaan kali kedua ke atas kualiti air di Simfoni Heights. Sepertimana yang di ceritakan di dalam Facebook, masalah air yang berwarna kuning ini adalah berpunca dari Empangan Batu dimana paras takungan air menurun.
 
 
Kerja-kerja mengambil contoh air yang di bekalkan ke
Simfoni Heights pada paip utama
 
 
Mengambil bacaan tahap kualiti air
 
Mengambil tahap bacaan air pada tangki simpanan
 
 
Contoh air
 
 
Hasil ujian kali pertama sebelum ini mendapati bacaan kejelasan air (water clarity) adalah pada tahap bacaan 99 berbanding apa yang sepatutnya adalah 15 menurut piawaian dari SYABAS. Hasil ujian kali kedua pada pagi ini telahpun menurun ke tahap bacaan 34. Pihak SYABAS memaklumkan bahawa masalah yang terjadi di Empangan Batu telah dapat ditangani. Bacaan pada kejelasan air yang di bekalkan ke Simfoni Heights akan dijangka akan terus menurun dan berada ditahap yang sepatutnya dalam masa terdekat.